Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dok asyik mengarut je 2, 3 menjak ni....maka pada hari ni, saya dengan kacak dan berinformatifnye ingin berkongsi tentang satu hobi masa lapang yang sangat menarik dan sangat menguji kesabaran, iaitu papercraft. Origami , kirigami , papier mache , papercraft, decoupage, etc ni semua termasuk dalam paper art . Cuma yang menarik minat saya ialah 3D papercraft. Saya mula berkecimpung dengan hobi ni semenjak 7 tahun yang lepas. Ia sangat menarik memandangkan saya tak mampu untuk beli atau memiliki benda yang saya minat macam senapang, kereta kebal mainan dan model2 rumah kecik. Papercraft ni berjaya membuang "IM" pada IMPOSSIBLE pada benda idaman saya.
Si pendek kata, "Kalau tak mampu beli, buat sendiri."
Seperti contoh, kita tengok senapang di bawah ni,
Ini ialah Ar 15 assault rifle skala 1:1 yang 100% dibuat dengan kertas.
Empunya designer ni memang handal buat rifle dari kertas.
Ia sangat terperinci dan boleh di leraikan seperti senapang sebenar.
Rifle ini juga boleh di masukkan dengan aksesori tambahan seperti :(semua kertas)
1. AN PEQ 15 atau ATPIAL (Advanced Target Pointer/Illuminator/Aiming Laser )
2.Holo Sight
3. Rail Grip 6 inci
4. Supressor dan lain2 lagi
Yang takde hanya peluru ..
Kalau nak tembak, dan main kombat dengan anak jiran, sila guna air liur dan sound effect sendiri..
Pengalaman saya membikin bahan musibat ni adalah sangat azab, Ada lebih dari seratus bahagian atau parts yang nak di lipat...digunting..di gam dan dipasang. Paling kecik benda yang kena bentukkan ialah pin sebesar batang mancis..Meleleh hingus dengan air mata nak mengerjakannye.
Namun dengan berkat kesabaran dan air kopi bergelen-gelen selama 3 bulan (sejam dua sehari, seminggu dalam 2, 3 hari buat , selama 3 bulan) akhirnya saya dengan rendah dirinya berjaya menyiapkan rifle musibat ni.
Hasil yang tak seberapa, tapi jadilah,,,nak beli yang betul tak boleh..dapat buat yang kertas pun jadilah,,Dapat skill baru, hobi baru...boleh eksen dengan jiran sebelah pasal dia takde senapang,,,
So, itulah dia sedikit sebanyak yang boleh dikongsi...
Nanti saya eksen tunjuk yang lain pulak,
Akhir kata, bak kata pepatah omputeh, "Make Art..Not War.."
Sekian wasalam,